Wednesday, December 2, 2009

Baca jika anda ada masa untuk ALLAH .

Bacalah sehingga habis.
Saya hampir membuang artikel ini namun saya telah diberi keberkatan untuk membaca terus hingga ke penghujung.

ALLAH , bila saya membaca e-mail ini, saya fikir saya tidak ada masa untuk ini.... Lebih lebih lagi diwaktu kerja.


Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang ..... Sebenarnya, menimbulkan pelbagai masaalah di dunia ini.


Kitacuba menyimpan
ALLAH didalam MASJID pada hari J umaat .... ...

Mungkin malam JUMAAT?


Dan sewaktu solat
MAGRIB SAJA?
Kita suka
ALLAH pada masa kita sakit....

Dan sudah pasti waktu ada kematian...
Walaubagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain?

Kerana... Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung pada NYA.

Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka..... ...

Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukan lah yang paling utama dalam hidup ku... (nauzubillah)

Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita.


DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta.
RENUNGKANLAH

Sebarkan lah seandaianya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!! !


Ya aku CINTA ALLAH ...

Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku


IA lah yang mengerakkan ku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna.


Ini adalah ujian yang mudah.


Kalau anda benar meyintai ALLAH dan tidak berasa malu akan segala kebaikan yang telah diberi ALLAH kepada mu...

Sebarkan Artikel Ini... Pastinya kerahmatan Allah ada bersamamu...


Sekarang!!! Anda ada masa kah untuk berbuat demikian?


Pastikan anda scroll hingga ke penghabisan.


Susah vs. Senang


Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran ?





Kenapa mengantuk dalam MASJID tetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar kembali?


Kenapa mudah sekali membuang e-mail agama tetapi kita bangga mem "forward" kan email yang tak senonoh?


Hadiah yang paling istemewa yang pernah kita terima.
Solat adalah yang terbaik....


Tidak perlu bayaran , tetapi ganjaran lumayan.


Notes: Tidak kah melucukan betapa mudahnya bagi manusia TIDAK Beriman PADA ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka.



Tidakkah melucukan bila seseorang berkata " AKU BERIMAN PADA ALLAH " TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also "believes" in ALLAH ).

Tidakkah melucukan bagaimana anda mampu hantar ribuan email lawak yang akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkawal.., tetapi bila anda hantar email mengenai ISLAM , ramai orang fikir 10 kali untuk berkongsi?



Tidakkah melucukan bagaimana bila anda mula menghantar mesej ini anda tidak akan menghantar kepada semua rakan anda kerana memikirkan apa tanggapan mereka terhadap anda atau anda tak pasti samaada mereka suka atau tidak?..

Tidakkah melucukan bagaimana anda merasa risau akan tanggapan orang kepada saya lebih dari tanggapan ALLAH terhadap anda.

Tuesday, November 17, 2009

Istilah 18sx komputer yang selalu dipaki

Beginilah akibatnya orang Malaysia menterjemahkan istilah-istilah Komputer.

Istilah:
Hardware: barang keras
Software: barang lembut
Joystick: batang bahagia
Plug and Play: cucuk dan main
Port: lubang
Server: pelayan
Client= pelanggan

Contoh:
"That server gives a plug and play service to the clients using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client."

Translated:
"Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan mempergunakan batang bahagia jenis keras atau lembut. Batang bahagia
itu dimasukkan ke dalam lubang pelanggan."

Friday, October 24, 2008

Kemalangan paling ngeri

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip.

Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya.

Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.

Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer.

Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.

Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Thursday, October 23, 2008

Suka mendengar cakap orang

Mendengar cakap orang boleh dikatakan sebagai punca utama kerana diibaratkan menukar diri menjadi lalang, ditiup ke sana ke mari mengikut arah angin.Dimana hak kita jika membiarkan orang lain mengurus diri kita. Jika mendengar cakap orang memang kita seolah-olah tidak berhak terhadap diri sendiri.

Terlalu banyak perkara yang sama berlaku di depan kita setiap hari. Ada orang yang sudah menjejakkan sebelah kakinya dijalan kejayaan, minggu depan anda melihatnya ke dalam kegagalan – hanya kerana mendengar cakap orang. Satu ayat sahaja sudah boleh memindahkan orang yang berjaya ke dalam kegagalan.

Mengapa agaknya begitu? Kerana tidak ada 2 manusia yang serupa. Setiap orang mempunyai sudut pandangan yang berbeza. Jadi, apa yang dikatakan oleh orang adalah mengikut pandangan atau perspektif mereka sendiri, bukan dari sudut pandangan anda. Sahlah, jika kita mendengar atau mengakui cakap orang bermakna membiarkan orang lain menguruskan hidup kita.

Jika anda mahu mengelakkan diri dari kegagalan, elakkan sama sekali mendengar cakap orang. Tidak ada sesiapa yang menanggung akibat daripada kegagalan diri anda melainkan diri anda sendiri. Masa depan anda masih terlalu jauh. Oleh itu jangan rosakkannya dengan mendengar cakap orang. Tuhan menganugerahkan anda telinga untuk mendengar dan otak untuk berfikir. Anda boleh mendengar apa yang dicakapkan tetapi pertimbangkan semula apa yang diperkatakan dengan akal fikiran supaya anda boleh membuat keputusan dengan otak sendiri, bukan otak orang lain.

Sunday, October 19, 2008

Selepas raya..

Hari ni 20/10/2008.. maknanya dah 20 puluh hari kita sambut raya Aidilfitri pada tahun. Banyak tempat mengadakan rumah terbuka, tak kirala rumah perseorangan ker, jabatan kerajaan ker or jabatan swasta ker... masing-masing berlumba nak mengadakan rumah terbuka sebelum habisnya bulan syawal pada tahun ini.

Pada hari Sabtu dan Ahad, nak keluar kl pun duk pikir lama.. kalau tak ada kerja.. tak pergi la. Jalan penuh dengan kereta, mungkin masing-masing berebut nak menghadiri undangan rumah terbuka.. atau nak hadiri majlis kenduri kahwin ker... atau bagi yang masih berduit lagi selepas raya ni... maybe nak pergi shopping di kl. Lagi pun bagi yang beragama hindu.. 27hb ni dah nak sambut Deepavali.

Aku selepas raya ni.. tak banyak pergi mana-mana .. duduk diam kat rumah.. sekali sekali pergi ke bangi, Shah Alam hadiri majlis hari raya dan kenduri kahwin... mana taknya.. nak keluar pun duk pikir kos perjalanan yang sekarang semakin meninggi... dah lah duit dah habis time sambut raya baru ni. Bila dah lepas raya... duk pikir camana nak jimat duit.. untuk sampai hari gaji..

Itu yang aku pikir... bagi sesiapa yang kuasa membeli yang terhad dan bukan yang berada.. mesti ada duit backup untuk kita sambut perayaan-perayaan besar camni. So... untuk ada backup camni.. kita perlu ada sesuatu yang boleh mendatangkan pendapatan. Tak kira la pendapatan itu pendapatan tetap atau sampingan.. at least kita tak pening sangat nak sambut raya.

So... apa yang perlu aku buat yer....

Saturday, October 18, 2008

Mengapa WANITA sangat Istimewa......

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."

Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi.. basuh jap... susun pinggan kat rak, lap dapur.. terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk.. takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air... sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....

salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah... tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...

nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..

bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang... la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting.. ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat...pasti anda disayangi kerana memahami mereka...well, women understand women better... foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi...

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

Petikan : website Tranungkite Online

Psst : Bagi aku... ramai ker wanita cam ni... tak semua.......

Friday, October 17, 2008

Dunia dah berubah

Hari ini, aku hadiri satu majlis sambutan hari raya kat rumah aku ler.. Rumah pangsa biasa ler... semua majlis kat bawah sana. Kalau ikutkan jadual, majlis akan bermula pukul 9 pg.. tapi aku turun lewat sikit dalam kul 9.30 pagi dan dalam kepada aku mesti orang dah ramai kat tu...

Jadi bila dah semua siap 4 beranak kami pun turun... dan bila dah turun. tengok-tengok orang tak ramai pun lagi.. dalam 10 orang camtu ajer. Mungkin dalam 2 or 3 orang tu jer penduduk kat situ yang turun masa tu.. yang selebihnya tu AJK2 yang duk kendalikan majlis tu ajer.

So, majlis tu.. tak boleh di mulakan lagi coz trak ramai yang hadir.. sampai la 10.00pg.. cuma 2,3 orang lagi sampai. Makanan dah tersedia, jemputan VIP pun dah sampai. Oleh kerana majlis nak dimulakan jugak... terpaksa la AJK membuat pengumuman melalui pembesar suara untuk memaklumkan supaya penduduk disitu turun beramai-ramai untuk menjaya majlis tersebut.

Selepas setengah jam, baru la nampak ramai sikit yang hadir. Itu pun dalam 50 orang jer.. so nampak la kita kat sini. Sebenarnya sikap kita sekarang ni dah tak sama dengan orang dulu-dulu.

Sikap kerjasama dah tak ada, sikap bertegur sapa dah mula hilang... yang marak sekarang ni.. sikap sendiri-sendiri... sehinggakan nama jiran sebelah rumah pun tak kenal.

Kalau engkau sakit, sakit la sorang-sorang, jiran2 pun tak tau pun engkau sakit.. maybe sikit masa lagi... kalau ada orang meninggal sebelah rumah kita tak tau..

Dunia sudah berubah....
 

Banyak Orang, Banyak Ragam, Lucu Ada, Sakit Hati Pun Ada © 2008. Design By: SkinCorner