Sunday, October 19, 2008

Selepas raya..

Hari ni 20/10/2008.. maknanya dah 20 puluh hari kita sambut raya Aidilfitri pada tahun. Banyak tempat mengadakan rumah terbuka, tak kirala rumah perseorangan ker, jabatan kerajaan ker or jabatan swasta ker... masing-masing berlumba nak mengadakan rumah terbuka sebelum habisnya bulan syawal pada tahun ini.

Pada hari Sabtu dan Ahad, nak keluar kl pun duk pikir lama.. kalau tak ada kerja.. tak pergi la. Jalan penuh dengan kereta, mungkin masing-masing berebut nak menghadiri undangan rumah terbuka.. atau nak hadiri majlis kenduri kahwin ker... atau bagi yang masih berduit lagi selepas raya ni... maybe nak pergi shopping di kl. Lagi pun bagi yang beragama hindu.. 27hb ni dah nak sambut Deepavali.

Aku selepas raya ni.. tak banyak pergi mana-mana .. duduk diam kat rumah.. sekali sekali pergi ke bangi, Shah Alam hadiri majlis hari raya dan kenduri kahwin... mana taknya.. nak keluar pun duk pikir kos perjalanan yang sekarang semakin meninggi... dah lah duit dah habis time sambut raya baru ni. Bila dah lepas raya... duk pikir camana nak jimat duit.. untuk sampai hari gaji..

Itu yang aku pikir... bagi sesiapa yang kuasa membeli yang terhad dan bukan yang berada.. mesti ada duit backup untuk kita sambut perayaan-perayaan besar camni. So... untuk ada backup camni.. kita perlu ada sesuatu yang boleh mendatangkan pendapatan. Tak kira la pendapatan itu pendapatan tetap atau sampingan.. at least kita tak pening sangat nak sambut raya.

So... apa yang perlu aku buat yer....

0 comments:

Post a Comment

 

Banyak Orang, Banyak Ragam, Lucu Ada, Sakit Hati Pun Ada © 2008. Design By: SkinCorner