Thursday, October 23, 2008

Suka mendengar cakap orang

Mendengar cakap orang boleh dikatakan sebagai punca utama kerana diibaratkan menukar diri menjadi lalang, ditiup ke sana ke mari mengikut arah angin.Dimana hak kita jika membiarkan orang lain mengurus diri kita. Jika mendengar cakap orang memang kita seolah-olah tidak berhak terhadap diri sendiri.

Terlalu banyak perkara yang sama berlaku di depan kita setiap hari. Ada orang yang sudah menjejakkan sebelah kakinya dijalan kejayaan, minggu depan anda melihatnya ke dalam kegagalan – hanya kerana mendengar cakap orang. Satu ayat sahaja sudah boleh memindahkan orang yang berjaya ke dalam kegagalan.

Mengapa agaknya begitu? Kerana tidak ada 2 manusia yang serupa. Setiap orang mempunyai sudut pandangan yang berbeza. Jadi, apa yang dikatakan oleh orang adalah mengikut pandangan atau perspektif mereka sendiri, bukan dari sudut pandangan anda. Sahlah, jika kita mendengar atau mengakui cakap orang bermakna membiarkan orang lain menguruskan hidup kita.

Jika anda mahu mengelakkan diri dari kegagalan, elakkan sama sekali mendengar cakap orang. Tidak ada sesiapa yang menanggung akibat daripada kegagalan diri anda melainkan diri anda sendiri. Masa depan anda masih terlalu jauh. Oleh itu jangan rosakkannya dengan mendengar cakap orang. Tuhan menganugerahkan anda telinga untuk mendengar dan otak untuk berfikir. Anda boleh mendengar apa yang dicakapkan tetapi pertimbangkan semula apa yang diperkatakan dengan akal fikiran supaya anda boleh membuat keputusan dengan otak sendiri, bukan otak orang lain.

0 comments:

Post a Comment

 

Banyak Orang, Banyak Ragam, Lucu Ada, Sakit Hati Pun Ada © 2008. Design By: SkinCorner