Friday, October 17, 2008

Dunia dah berubah

Hari ini, aku hadiri satu majlis sambutan hari raya kat rumah aku ler.. Rumah pangsa biasa ler... semua majlis kat bawah sana. Kalau ikutkan jadual, majlis akan bermula pukul 9 pg.. tapi aku turun lewat sikit dalam kul 9.30 pagi dan dalam kepada aku mesti orang dah ramai kat tu...

Jadi bila dah semua siap 4 beranak kami pun turun... dan bila dah turun. tengok-tengok orang tak ramai pun lagi.. dalam 10 orang camtu ajer. Mungkin dalam 2 or 3 orang tu jer penduduk kat situ yang turun masa tu.. yang selebihnya tu AJK2 yang duk kendalikan majlis tu ajer.

So, majlis tu.. tak boleh di mulakan lagi coz trak ramai yang hadir.. sampai la 10.00pg.. cuma 2,3 orang lagi sampai. Makanan dah tersedia, jemputan VIP pun dah sampai. Oleh kerana majlis nak dimulakan jugak... terpaksa la AJK membuat pengumuman melalui pembesar suara untuk memaklumkan supaya penduduk disitu turun beramai-ramai untuk menjaya majlis tersebut.

Selepas setengah jam, baru la nampak ramai sikit yang hadir. Itu pun dalam 50 orang jer.. so nampak la kita kat sini. Sebenarnya sikap kita sekarang ni dah tak sama dengan orang dulu-dulu.

Sikap kerjasama dah tak ada, sikap bertegur sapa dah mula hilang... yang marak sekarang ni.. sikap sendiri-sendiri... sehinggakan nama jiran sebelah rumah pun tak kenal.

Kalau engkau sakit, sakit la sorang-sorang, jiran2 pun tak tau pun engkau sakit.. maybe sikit masa lagi... kalau ada orang meninggal sebelah rumah kita tak tau..

Dunia sudah berubah....

0 comments:

Post a Comment

 

Banyak Orang, Banyak Ragam, Lucu Ada, Sakit Hati Pun Ada © 2008. Design By: SkinCorner